BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 20, 2010

Peraturan Pusat Sumber

PUSAT SUMBER

SMK SYED MASHOR

44300 BATANG KALI, HULU SELANGOR

PERATURAN-PERATURAN PERPUSTAKAAN

Semua pelajar yang menggunakan kemudahan perpustakaan mesti mematuhi semua peraturan berikut :

1. Waktu Perpustakaan Dibuka :

Hari : Isnin – Khamis

Masa 8.00 pagi – 1.00 tgh

1.00 tgh - 2.00 ptg REHAT

2.00 - 4.30 ptg

Jumaat

8.00 pagi - 12.15 tgh

12.15 tgh - 2.45 ptg REHAT

2.45 ptg - 4.30 ptg

PERPUSTAKAAN DIBUKA SEPERTI BIASA PADA CUTI PENGGAL MENGIKUT WAKTU PEJABAT

· 4.30 PTG – 5.30 PTG - PENGURUSAN DAN KEBERSIHAN PSS

PERATURAN PINJAMAN DAN PULANGAN BUKU PERPUSTAKAAN

1. Pelajar mestilah menggunakan kad pinjaman sendiri. Tindakan boleh diambil ke atas pelajar yang didapati menggunakan kad pinjaman orang lain dan pelajar yang didapati meminjamkan kad miliknya kepada orang lain.

2. Seseorang pelajar hanya dibenarkan meminjam satu naskah buku sahaja untuk tempoh pinjaman selama satu minggu.

3. Peminjam yang gagal memulangkan buku yang dipinjam pada tarikh yang telah ditetapkan akan dikenakan DENDA sebanyak 10 sen bagi setiap satu hari yang lewat.

4. Keselamatan buku yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawap pelajar yang namanya tercatat pada kad pinjaman. Tanggungjawap ini tidak boleh dipindahkan kepada orang lain dengan apa cara sekalipun.

5. Pastikan kad pinjaman diterima semula semasa pemulangan buku dibuat di kaunter pnjaman/pulangan.

6. Pelajar yang didapati merosakkan atau menghilangkan buku perpustakaan dikenakan denda sama ada kos buku atau menggantikan buku tersebut dengan buku yang baru.

0 comments:

PERPUSTAKAAN

Sejenak bersamamu,perpustakaan
selautan ilmu terbentang
di sini tersemai wadah pendidikan
bersama bibit-bibit pengetahuan
yang menumbuhkan pepohon kehidupan.

Perpustakaan,
leladang pembacaan
teman ketika kesunyian
yang mengukirsegala bicara
tentang sains dan teknologi
tentang sejarah dan kebudayaan
tentang flsafah dan sosiologi.

Perpustakaan,
disini pembinaan jasmani dan kerohanian
yang mengasuh sejuta pendidik, saintis dan politikus
yang melahirkan sejuta ahli korporat, pemimpin dan budayawan
yang membina mahkota kesejahteraan ummah.

Perpustakaan,
pembina mahligai kesejahteraan rakyat
telaahlah buku-buku, majalah dan akhbar
pergunakanlah CD, video dan mikrofilem
berkilapan permata menyinari kehidupan.

REJAb F.I.
Perlis