5 July 2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...,
-Beberapa orang pelajar telah dianugerahkan sebagai pembaca nilam tahun ini.
-Mereka yang berikut seperti di dalam gambar di bawah..
Thursday, July 15, 2010
Hari Anugerah Nilam 2010
Posted by PSS SMSM at 8:52 PM 0 comments
Tuesday, June 29, 2010
LAWATAN PENGAWAS PSS KE SUNGKAI,PERAK
Sabtu, 26 Jun 2010..
Assalamualaikum.., dan selamat sejahtera..,
☺Pusat Sumber SMKSM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sungkai,Perak.
☺Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat berkerjasama antara satu sama lain dan mengeratkan silaturrahim.
☺Destinasi kami di Sungkai ialah 'Sungai Klah Hot Spring'
☺Kami telah berekreasi di kolam air panas dan kolam renang yang telah disediakan disana.
Posted by PSS SMSM at 5:01 PM 0 comments
Monday, June 14, 2010
Thursday, May 27, 2010
Kejutan untuk Cikgu Julaila Arifin..
Khamis, 27 Mei 2010 bersamaan 13 Jamadil Akhir..
Assalamualaikum.., dan selamat sejahtera..,
Posted by PSS SMSM at 7:29 PM 0 comments
Monday, May 10, 2010
WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS 2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
- Pusat Sumber SMKSM telah mengadakan Watikah Pelantikan bagi Pengawas PSS 2010..
- Objektif :
Pengambilan Pengawas Pusat Sumber baru ialah untuk menjayakan dan memajukan lagi pusat sumber sekolah..
Posted by PSS SMSM at 3:21 PM 0 comments
Tuesday, May 4, 2010
BENGKEL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENGAWAS PSS
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Posted by PSS SMSM at 10:43 PM 0 comments
Tuesday, April 20, 2010
Jawatankuasa Induk Pusat Sumber
JAWATANKUASA INDUK
PUSAT SUMBER SMK. SYED MASHOR
TAHUN 2010
--------------------------------------------------------
PENGERUSI
PN. HJH. SITI KHALIJIJAH BT. HJ. HASSAN
(PENGETUA SMKSM)
TIMBALAN PENGERUSI
PN. RAUDAH BT. MUSTAFA
(PENOLONG KANAN)
NAIB PENGERUSI
PN. SERI AYU BT. IDRIS
(PEN. KANAN TINGKATAN 6)
PN. NORAINI BT. LAZIM
(PEN. KANAN PETANG)
PN. HAFIZAH BT. KHAIRUDDIN
(PEN. KANAN HEM)
EN. KAMAL BAHRI B. KAMARUDDIN
(PEN.KANAN KO-KURIKULUM)
SETIAUSAHA
CIK JULAILA BT. ARIFFIN
(GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA)
PEN. SETIAUSAHA
PN. MARHAINI BT. MOHD.BASHIR
BENDAHARI
PN. KASMA BT. MOHD.NOR
AJK
PN. ROZILINA BT. HASSAN
(GKMP KEMANUSIAAN)
PN. HJH. NORIAH BT ISMAIL
(GKMP BAHASA)
PN. HJH. AIDAH BT.SAAD
(GKMP TEKNIK & VOKASIONAL)
PN. ZAHARA BT. MOHD. NOOR
(GKMP SAINS & MATEMATIK)
SEMUA
KETUA PANITIA
Posted by PSS SMSM at 1:33 PM 0 comments
Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber
JAWATANKUASA KERJA
PUSAT SUMBER SMK. SYED MASHOR
TAHUN 2010
--------------------------------------------------------
PENASIHAT
PN. HJH. SITI KHALIJIJAH BT. HJ. HASSAN
(PENGETUA SMKSM)
PENGERUSI
PN. RAUDAH BT.MUSTAFA
(PENOLONG KANAN)
NAIB PENGERUSI
PN. SERI AYU BT. IDRIS
(PEN. KANAN TINGKATAN 6)
PN. NORAINI BT. LAZIM
(PEN. KANAN PETANG)
PN. HAFIZAH BT. KHAIRUDDIN
(PEN. KANAN HEM)
EN. KAMAL BAHRI B. KAMARUDDIN
(PEN. KANAN KO-KURIKULUM)
SETIAUSAHA/PENYELARAS
CIK JULAILA BT. ARIFFIN
(GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA)
PEN. SETIAUSAHA
PN. MARHAINI BT. MOHD.BASHIR
BENDAHARI
PN. KASMA BT. MOHD.NOR
UNIT PERPUSTAKAAN
CIK JULAILA BT. ARIFFIN
PN. MARHAINI BT. BASHIR
PN. KASMA BT. MOHD. NOR
CIK ROHANA BT. MAT SAHIR
UNIT BAHAN BANTU MENGAJAR
EN. WAN ZULNASRI B.WAN KAMAL
EN. ROSDI B. AMAT
UNIT BILIK TAYANGAN/MULTIMEDIA
PN. SITI NORASYIKIN BT.ANSOR
PN. HJH.SARYATI BT KAMARUDIN
PENYELARAS PUSAT AKSES
CIK YONG CHOY YEE
PROGRAM NILAM
PN. HJH.HASLIZA BT. AZIZAN
PN. SITI NORSALEHA BT. ABD. RAHMAN
UNIT KOLEKSI SOALAN
PN. KUNI MASRUHATI BT. MD. FADZIN
PN. NORFANIZA BT. OMAR
Posted by PSS SMSM at 1:31 PM 0 comments
Peraturan Pusat Sumber
PUSAT SUMBER
SMK SYED MASHOR
44300 BATANG KALI, HULU SELANGOR
PERATURAN-PERATURAN PERPUSTAKAAN
Semua pelajar yang menggunakan kemudahan perpustakaan mesti mematuhi semua peraturan berikut :
1. Waktu Perpustakaan Dibuka :
Hari : Isnin – Khamis
Masa 8.00 pagi – 1.00 tgh
1.00 tgh - 2.00 ptg REHAT
2.00 - 4.30 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.15 tgh
12.15 tgh - 2.45 ptg REHAT
2.45 ptg - 4.30 ptg
PERPUSTAKAAN DIBUKA SEPERTI BIASA PADA CUTI PENGGAL MENGIKUT WAKTU PEJABAT
· 4.30 PTG – 5.30 PTG - PENGURUSAN DAN KEBERSIHAN PSS
PERATURAN PINJAMAN DAN PULANGAN BUKU PERPUSTAKAAN
1. Pelajar mestilah menggunakan kad pinjaman sendiri. Tindakan boleh diambil ke atas pelajar yang didapati menggunakan kad pinjaman orang lain dan pelajar yang didapati meminjamkan kad miliknya kepada orang lain.
2. Seseorang pelajar hanya dibenarkan meminjam satu naskah buku sahaja untuk tempoh pinjaman selama satu minggu.
3. Peminjam yang gagal memulangkan buku yang dipinjam pada tarikh yang telah ditetapkan akan dikenakan DENDA sebanyak 10 sen bagi setiap satu hari yang lewat.
4. Keselamatan buku yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawap pelajar yang namanya tercatat pada kad pinjaman. Tanggungjawap ini tidak boleh dipindahkan kepada orang lain dengan apa cara sekalipun.
5. Pastikan kad pinjaman diterima semula semasa pemulangan buku dibuat di kaunter pnjaman/pulangan.
6. Pelajar yang didapati merosakkan atau menghilangkan buku perpustakaan dikenakan denda sama ada kos buku atau menggantikan buku tersebut dengan buku yang baru.
Posted by PSS SMSM at 1:25 PM 0 comments
7 Keajaiban Dunia Baru
TEMBOK BESAR CHINA
Tembok Besar China dikenali sebagai "bandar/kota panjang" atau "Tembok panjang’’ merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga keTeluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).
TAJ MAHAL, INDIA
Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Kadangkala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.
PETRA, JORDAN
Petra adalah sebuah kota bersejarah dan arkeologi yang terletak dalam kawasan pemerintahan Jordan di Ma'an. Petra merupakan satu hasil senibina pemotongan batu dan sistem pembuluh air. Ia telah dibina kira-kira pada kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi Nabatea, ia merupakan satu simbol bagi Jordan selain menjadi tarikan pelancong yang paling banyak dilawati. Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba. Petra dipilih oleh BBC sebagai satu daripada "40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati".
UNESCO memperincikan ia sebagai "satu harta budaya paling berharga dari warisan kebudayaan manusia."
CHRIST REDEEMER, BRAZIL
Kristus Penebus ( Portugis : O Cristo Redentor , sebelumnya Portugis : Christo Redemptor) adalah patung dari Yesus Kristus di Rio de Janeiro ,Brazil ; dianggap patung terbesar di dunia. Patung ini 39,6 meter (130 kaki ) tinggi, termasuk 9.5 meter (31 kaki) tapak, dan 30 meter (98 kaki) lebar. Beratnya 635 tan (700 tan pendek ), dan terletak di puncak 700 meter (2,300 kaki) Corcovado gunung di Tijuca Hutan Taman Nasional yang menghadap bandar. Ini adalah salah satu yang tertinggi dari jenisnya di dunia.
Sebuah simbol Katolik , patung itu telah menjadi ikon dari Rio dan Brazil yang diperbuat dari konkrit bertulang dan soapstone .
MACHU PICCHU, PERU
Machu Picchu (yang bermaksud "Gunung Tua" dalam bahasa Quechua; sering juga disebut "Kota Inca yang hilang") adalah sebuah lokasi runtuhanInca pra-Columbus yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m di atas permukaan laut. Machu Picchu berada di atas lembahUrubamba di Peru, sekitar 70 km ke barat laut Cusco.
CHICKEN ITZA, MEXICO
Chichen Itza ("Di mulut perigi dari Itza ") adalah tapak pra-Columbus halaman arkeologi dibina oleh tamadun Maya terletak di tengah utara Semenanjung Yucatán , di Yucatán.
Chichen Itza merupakan titik fokus utama di dataran rendah Maya utara dari Classic Akhir melalui Classic Terminal dan masuk ke bahagian awalPostclassic Awal tempoh. Halaman pameran banyak gaya arsitektur, dari apa yang disebut "Mexicanized" dan mengingatkan gaya dilihat di Mexico pusat ke Puuc gaya ditemui di antara Maya Puuc dari dataran rendah utara.
Reruntuhan Chichen Itza adalah milik persekutuan, dan penyelenggaraan laman web ini dikendalikan oleh Mexico Instituto Nacional de Antropología e Historia (Institut Kebangsaan Antropologi dan Sejarah, Inah). Tanah di bawah monumen itu milik peribadi hingga 29 Mac 2010, ketika dibeli oleh negara dari Yucatan.
COLLOSEUM, ITALI
Colosseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72, dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.
Posted by PSS SMSM at 10:03 AM 0 comments
PERPUSTAKAAN
selautan ilmu terbentang
di sini tersemai wadah pendidikan
bersama bibit-bibit pengetahuan
yang menumbuhkan pepohon kehidupan.
Perpustakaan,
leladang pembacaan
teman ketika kesunyian
yang mengukirsegala bicara
tentang sains dan teknologi
tentang sejarah dan kebudayaan
tentang flsafah dan sosiologi.
Perpustakaan,
disini pembinaan jasmani dan kerohanian
yang mengasuh sejuta pendidik, saintis dan politikus
yang melahirkan sejuta ahli korporat, pemimpin dan budayawan
yang membina mahkota kesejahteraan ummah.
Perpustakaan,
pembina mahligai kesejahteraan rakyat
telaahlah buku-buku, majalah dan akhbar
pergunakanlah CD, video dan mikrofilem
berkilapan permata menyinari kehidupan.
REJAb F.I.
Perlis